HARI PENDAFTARAN
PRA-U1 2023
PUSAT TINGKATAN ENAM MERAGANG
PUSAT TINGKATAN ENAM MERAGANG
Selamat datang Hari Pendaftaran Pra-Universiti satu di Pusat Tingkatan Enam Meragang. Tertera di bawah adalah maklumat penting bagi melancarkan segala urusan awda untuk kemasukan Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM).
Langkah 1: Awda telah diberikan borang permohonan kemasukan dari sekolah menengah awda. Sila isi dengan lengkap butiran peribadi dan kelulusan awda.
Sila ambil maklum bahawa awda memerlukan cop sekolah lama awda. Jika awda belum ada borang permohonan kemasukan dan cop sekolah lama awda, sila rujuk ke sekolah lama awda untuk mendapatkan kedua-duanya terlebih dahulu.
Langkah 2: Sila bawa borang permohonan dan sijil keputusan O-Level (Original) awda ke kaunter AO (Pegawai Kemasukan) untuk mengesahkan kelayakan awda untuk masuk PTEM.
Sila ambil maklum bahawa layak untuk memasuki PTEM tidak bermakna layak untuk mengambil apajua subjek.
Langkah 3A:
Awda boleh merujuk kepada Ketua Jabatan bagi subjek (HOD) masing-masing untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jika sekiranya awda sudah yakin, awda boleh terus menetapkan subjek pilihan awda.
Ketua Jabatan akan memberikan pandangan sama ada awda berkelayakan untuk mengambil subjek yang dipilih atau tidak berdasarkan keputusan O-Level awda.
Langkah 3B:
Jika awda tidak pasti, awda juga boleh berjumpa dengan salah seorang pegawai kerjaya yang bertugas untuk memastikan kombinasi subjek awda adalah tepat atau sesuai dengan hala tuju institut pendidikan tinggi atau kerjaya yang ingin diceburi.
Setelah bertemu dan bersetuju atas nasihat atau saranan bahagian kerjaya, pegawai kerjaya akan melekatkan/menempelkan kertas verifikasi di borang awda beserta dengan kod unik awda.
Untuk makluman awda, pemilihan terbaik kombinasi subjek tidak bermakna apa-apa jika awda tidak mampu untuk memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan akhir kelak.
Langkah 4:
Setelah selesai mendapatkan persetujuan dari Ketua Jabatan bagi subjek yang dipilih, sila beratur ke meja CAO (Ketua Pegawai Kemasukan) untuk pengesahan terakhir dan penyerahan borang awda kepada pihak sekolah.
Sila ambil maklum bahawa CAO mempunyai kata putus yang terakhir bagi kemasukan awda ke PTEM.
Langkah 5:
Jika awda memerlukan bantuan kebajikan ataupun kaunseling, awda disarankan berjumpa pegawai yang bertugas di meja bantuan ataupun kaunseling.
Langkah 6: Seterusnya awda boleh membeli barang keperluan sekolah di bahagian kewangan seperti kain sekolah dan sebagainya
Sekarang awda hanya perlu menunggu pengumuman sesi persekolahan bermula.
Semoga Berjaya dan Salam Sejahtera 😃